Kau mungkin tak sedar yang sejak dari mula aku suka kat kau. Kau cakap aku stalk kau, yes aku mengaku aku memang stalk kau. Aku stalk setiap benda yang ada kena megena dengan kau. Setiap perkataan yang kau cakap, text, IM or tweet semuanya aku ingat lagi. Aku tak pernah lupa. Sebab setiap perkataan tu bawak maksud untuk aku. Even benda yang kau suka pun aku tau, and setiap kali aku tengok benda yang kau suka, aku mesti teringat kt kau. Sebab tu kadang-kadang aku beli benda tu bagi kat kau, sebab aku tau kau suka. Aku tak kisah benda tu mahal ke tak, janji aku dapat tengok kau seronok tu dah cukup untuk aku. Aku tak suka tengok kau monyok, sebab bila kau monyok aku pon rasa monyok. Tapi bila kau gembira, aku turut rasa kegembiraan tu. Walaupun aku tau, aku bukan punca kegembiraan tu, tapi aku tak kisah asalkan aku dapat tengok kau senyum.
Setiap kali aku nampak kau, aku akan jadi seronok walaupun nampak dari jauh pon aku tak kisah. Kalau boleh hari-hari aku nk jumpa kau. Walaupun kadang-kadang tu aku ada kerja nk buat, tapi bila kau ajak lepak ke apa, aku tak pernah tolak. Sebab aku suka bila dapat jumpa dengan kau. Kau mungkin tak sedar benda tu semua.
Orang lain pulak selalu tanya kat aku pasal kau. Bila kau keluar pergi mana-mana ke,mesti orang yang tau aku rapat dengan kau akan tnya " Eh .......... , tak ajak kau keluar ke? " then aku mcm " Errrr,tak pon". Even jenis shampoo yang kau pakai pon orang tanya aku. " Eh Dilla, ......... pakai shampoo ni kan " then aku mcm "Huh?Mna aku tau". Kenapa perlu nk tnya aku? Aku tau la aku stalk dia tu, tapi takkan la sampai ke shampoo dia pon aku nk tau kan?
And kau selalu muncul bila aku tak sangka kau akan muncul. Tiba-tiba ja kau akan muncul, macam kau tau je benda tu aku nak tuju kat kau. Tapi aku kena admit jugak, setiap benda yang aku buat tu mesti mengingatkan aku kat kau. Sama ada secara sengaja atau kebetulan. Dan aku mengaku jugak bila aku tau ada orang lain suka kat kau sebelum ni, aku cuba jauhkan diri dari kau. Sebab lepas tu aku rasa aku memang jarang contact kau and perasaan aku kat kau pon macam makin pudar,tapi aku still tengok fesbuk kau.
Tapi sejak bulan puasa hari tu, aku rasa aku dah rapat balik dengan kau. Hampir setiap hari aku jumpa kau. Memang setiap hari tu merupakan hari yang indah untuk aku. Perasaan yang aku cuba hilangkan tu pon muncul kembali sampai ke hari ni, and kali ni aku rasa perasaan ni susah nk hilang dah. Aku sanggup bersusah payah untuk kau. Aku tak kisah walaupun kau call aku pagi-pagi buta untuk mintak tolong dengan aku, aku akan tolong kau.Orang mesti cakap aku bodoh kan? Tapi aku tak kisah,demi kau aku sanggup buat apa sahaja aku rasa. Walaupun kau tak sedar tentang perasaan aku trhdap kau.
Aku nak ja luahkan kat kau, tapi aku tak berani. Sebab aku sedar aku sapa..
tapi kau jangan risau,sebab aku akan sentiasa ada untuk kau,walau mcm mna pon. sebab apa?
sebab
![]() |
| yes you and only you,since the first time we met |


0 comments:
Post a Comment