Wednesday, September 21, 2011

Henti

Assignment bertimbun-timbun nak kena siapkan tapi aku teramatlah malas nak siapkan. Boleh tak assignment-assignment sekalian siapkan diri sendiri? Aku dah tak larat nk siapkan. Sesiapa rajin tolong aku siapkan? Ganjaran? Pahala dari Allah SWT kerana menolong orang yang dalam kesusahan. Menarik bukan ganjarannya?

Setakat ni aku masih perlu siapkan assignment hatching sebanyak 3 keping boxboard, seekor dinosaur yang masih belum habis di sketch dan dibentuk * dawai pon aku tak beli lgi dan yang terakhir sekali form yg merupakan sebijik buah yang juga belum di sketch dan di beli bahan untuk menyiapkannya.

Ohhhh dan tak lupa jugak final project untuk graphic comm iaitu projek sticky notes yang papan plywood nya baru saja sampai tadi. Sticky notes masih belum di beli dan papan masih belum di cat. Yang paling best sekali, aku masih boleh menghadap laptop dan meng-online-kan diri untuk meng-update blog ini. Hebat bukan?


0 comments:

Post a Comment